Friday, June 25, 2004

penantianku,,

Seksanya penantian
Setiap minit ku hitung
Kau ku tunggu
Tak kunjung tiba.

Adakalanya kau
Hanya berlalu pergi
Tanpa menghiraukan
Aku yang menanti.

Ada ketikanya kau
Tidak mahu berhenti
Kerana dirimu
Sudah ada yang lain.

Hendakku berlalu pergi
Namun dirimu harus ku tunggu
Walau bagaimana
Lamapun jua.

Akhirnya kau sampai
Dihadapanku dengan megah
Berakhir sudah penantianku
Menunggu sidia..sang teksi

P/S :- Penat betul menunggu teksi pagi tadi. Sang pemandu ini kadangĀ² memilih penumpang nak yang hendak diambil..ni yang tak sabar nak dapat kereta.

Thursday, June 03, 2004

mampukah aku berdiri
tanpa tonggak yang
menyokongku
mampukah aku berlari
tanpa sorakan yang
memberi semangat
mampukah aku
itulah persoalannya.