Epilog Rindu
Semalam...
kau di ruang ingatanku
lalu aku jadi rindu
rindu pada
satu suara
satu wajah
hingga terngiang
di telingaku.
hingga terbayang
di mataku
Rindunya aku
rindu pada dia
yang jauh
Semalam...
aku menanti
panggilanmu
Walaupun
ku tahu ianya
tidak mungkin
dan kerana rindu ini
aku rela menjadi
penanti yang setia.